JEMPUTAN KE PROGRAM KEMUNCAK
MAJLIS NUR AL-MAHABBAH
Cahaya kebahagian sentiasa menerangi hari Tuan / Puan hendaknya. Kiranya rahmat Ilahi ketika dibahagikan akan tercucurlah sesuai dengan keperluan. Doa yang penuh khusyuk dan khudu’ dipohon kehadrat Robbul Jalil agar Tuan / Puan sekeluarga dan seluruh kakitangan pejabat dirahmati Allah swt, diberi kesihatan dan kekuatan mudah-mudahan dapat melaksanakan segala tugas harian dengan penuh ketenangan, kejayaan dan keberkahan.
Firman Allah swt :
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah swt, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri” (Al Fushilat : 33)
2. Niat yang agung untuk menganjurkan seperti di atas bertujuan untuk menyediakan belia dan remaja Islam agar mereka mampu menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai ‘qudwah’ dalam setiap aspek kehidupan Islam sebenar. Pihak kami berazam untuk menjadi sebab bagaimana generasi ummah kini dapat dibentuk dan dididik agar menjadi insan soleh melalui dasar pentarbiyahan rohaniah berteraskan ilmu naqli dan ilmu ‘aqli yang berpaksikan tauhid ahli sunnah wal jama’ah untuk melahirkan generasi muda yang seimbang bagi menghadapi cabaran zaman.
- Dengan yang demikian, adalah menjadi perhatian kepada pihak kami untuk menganjurkan Majlis Nur Al-Mahabbah, dengan bertemakan ‘lambaian keluhuran cinta warisan agung sepanjang zaman’. Ia juga adalah bagi merealisasikan objektif utama seperti yang telah tertulis di dalam kertas kerja dasar yang telah dikepilkan sekali. Di atas maksud yang besar ini, amatlah baik sekiranya pihak Tuan / Puan dapat menghadirkan diri berserta semua kaum keluarga dan sahabat-handai seramai yang mungkin ke majlis yang pihak kami anjurkan.
- Secara ringkasnya, majlis ini adalah majlis ilmu sekaligus majlis zikir. Para tetamu dan penceramah baik di kalangan barisan ‘ulama, golongan elit, intelektual dan professional Islam dijemput sebagai bukti sokongan moral mereka terhadap usaha dakwah Islamiah terutama majlis yang dianjurkan oleh kalangan belia. Majlis ini telahpun diadakan setiap 2 minggu sekali bertempat di Masjid Al-Azhar, KUIS. Majlis ini juga diserikan dengan pengisian bacaan Ratib Al-Haddad dan Maulid Nabi saw, Ia adalah disebabkan usaha yang konsisten sehingga menghasilkan kejayaan perlu dirancang daripada peringkat akar umbi.
- Maklumat Ringkas Majlis adalah seperti berikut :
Tarikh : 23 Ogos 2007 (Khamis)
Waktu : 6.00 ptg
Tempat : Masjid Al-Azhar
Kolej Univerisiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra
43000 Bangi, Selangor DE
Penceramah
Undangan : Al-Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa
(Pemimpin Majelis Rasulullah saw, Jakarta)
Ajuran : Persatuan Mahasiswa Sarjana Muda (PERSADA), KUIS
* Para ‘ulama dan masyaikh akan turut diundang bagi menyerikan lagi majlis.
Tentatif Program :
6.00 pm : - Ketibaan VIP dan tetamu
6.15 pm : - Perarakan beramai-ramai
6.30 pm : - Pembacaan Ratib Al-Haddad
7.30 pm : - Solat Magrib
- Pembacaan Maulid Addhiul Lami’
- Ceramah
- Tayangan slide multimedia kreatif
- Jamuan Makan
10.30pm - Bersurai
6. Kerjasama daripada pihak Tuan / Puan mudah-mudahan akan dicucuri rahmat hendaknya dan amalan ini dikira sebagai usaha muttaqi ke arah memperkasakan usaha peningkatan kerohanian yang berkualiti.
7. Segala urusan yang melibatkan hal ini, pihak Tuan / Puan boleh terus mengirimkan email kepada saya di wisdommedia. productions@ gmail.com.
Berkat kegigihan, dedikasi dan komitmen seluruh umat Islam, saya yakin bahawa pihak Tuan / Puan akan terus-menerus merintis usaha-usaha ke arah memartabatkan pembangunan ummah sejagat yang cemerlang dan gemilang. Moga-moga dengan keberkatannya, bibit-bibit perpecahan kian tenggelam dan maruah umat Islam kian gemilang hendaknya.
Sekian, terima kasih.
‘Pemangkin Tradisi Ilmu’
Yang Benar,
Faisal bin Abdullah Alhabshi
SYED AHMAD FAISAL ALHABSHI
Pengarah Program