Posted by: kuliyah | August 3, 2007

PROGRAM MAJLIS NUR AL-MAHABBAH

 

JEMPUTAN KE PROGRAM KEMUNCAK

MAJLIS NUR AL-MAHABBAH

Cahaya kebahagian sentiasa menerangi hari Tuan / Puan hendaknya. Kiranya rahmat Ilahi ketika dibahagikan akan tercucurlah sesuai dengan keperluan. Doa yang penuh khusyuk dan khudu’ dipohon kehadrat Robbul Jalil agar Tuan / Puan sekeluarga dan seluruh kakitangan pejabat dirahmati Allah swt, diberi kesihatan dan kekuatan mudah-mudahan dapat melaksanakan segala tugas harian dengan penuh ketenangan, kejayaan dan keberkahan.

Firman Allah swt :

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah swt, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri” (Al Fushilat : 33)

2. Niat yang agung untuk menganjurkan seperti di atas bertujuan untuk menyediakan belia dan remaja Islam agar mereka mampu menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai ‘qudwah’ dalam setiap aspek kehidupan Islam sebenar. Pihak kami berazam untuk menjadi sebab bagaimana generasi ummah kini dapat dibentuk dan dididik agar menjadi insan soleh melalui dasar pentarbiyahan rohaniah berteraskan ilmu naqli dan ilmu ‘aqli yang berpaksikan tauhid ahli sunnah wal jama’ah untuk melahirkan generasi muda yang seimbang bagi menghadapi cabaran zaman.

  1. Dengan yang demikian, adalah menjadi perhatian kepada pihak kami untuk menganjurkan Majlis Nur Al-Mahabbah, dengan bertemakan ‘lambaian keluhuran cinta warisan agung sepanjang zaman’. Ia juga adalah bagi merealisasikan objektif utama seperti yang telah tertulis di dalam kertas kerja dasar yang telah dikepilkan sekali. Di atas maksud yang besar ini, amatlah baik sekiranya pihak Tuan / Puan dapat menghadirkan diri berserta semua kaum keluarga dan sahabat-handai seramai yang mungkin ke majlis yang pihak kami anjurkan.

  1. Secara ringkasnya, majlis ini adalah majlis ilmu sekaligus majlis zikir. Para tetamu dan penceramah baik di kalangan barisan ‘ulama, golongan elit, intelektual dan professional Islam dijemput sebagai bukti sokongan moral mereka terhadap usaha dakwah Islamiah terutama majlis yang dianjurkan oleh kalangan belia. Majlis ini telahpun diadakan setiap 2 minggu sekali bertempat di Masjid Al-Azhar, KUIS. Majlis ini juga diserikan dengan pengisian bacaan Ratib Al-Haddad dan Maulid Nabi saw, Ia adalah disebabkan usaha yang konsisten sehingga menghasilkan kejayaan perlu dirancang daripada peringkat akar umbi.

  1. Maklumat Ringkas Majlis adalah seperti berikut :

Tarikh : 23 Ogos 2007 (Khamis)

Waktu : 6.00 ptg

Tempat : Masjid Al-Azhar

Kolej Univerisiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Bandar Seri Putra

43000 Bangi, Selangor DE

Penceramah

Undangan : Al-Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa

(Pemimpin Majelis Rasulullah saw, Jakarta)

www.majelisrasulull ah.org

Ajuran : Persatuan Mahasiswa Sarjana Muda (PERSADA), KUIS

* Para ‘ulama dan masyaikh akan turut diundang bagi menyerikan lagi majlis.

Tentatif Program :

6.00 pm : Ketibaan VIP dan tetamu

6.15 pm : Perarakan beramai-ramai

6.30 pm : Pembacaan Ratib Al-Haddad

7.30 pm : Solat Magrib

Pembacaan Maulid Addhiul Lami’

Ceramah

Tayangan slide multimedia kreatif

Jamuan Makan

10.30pm Bersurai

6. Kerjasama daripada pihak Tuan / Puan mudah-mudahan akan dicucuri rahmat hendaknya dan amalan ini dikira sebagai usaha muttaqi ke arah memperkasakan usaha peningkatan kerohanian yang berkualiti.

7. Segala urusan yang melibatkan hal ini, pihak Tuan / Puan boleh terus mengirimkan email kepada saya di wisdommedia. productions@ gmail.com.

Berkat kegigihan, dedikasi dan komitmen seluruh umat Islam, saya yakin bahawa pihak Tuan / Puan akan terus-menerus merintis usaha-usaha ke arah memartabatkan pembangunan ummah sejagat yang cemerlang dan gemilang. Moga-moga dengan keberkatannya, bibit-bibit perpecahan kian tenggelam dan maruah umat Islam kian gemilang hendaknya.

Sekian, terima kasih.

‘Pemangkin Tradisi Ilmu’

Yang Benar,

Faisal bin Abdullah Alhabshi

SYED AHMAD FAISAL ALHABSHI

Pengarah Program


Responses

  1. Habib munzir …….. dipetik dari Majelis Rasulullah
    Menerima kunjungan gurunya Habib Umar Ben Hafidz, Yaman
    tak lama habib munzir tiba, maka acara diteruskan dan kini habib munzir yang biasanya berwibawa sebagai Imam Tunggal di majelisnya, kini tampak menundukkan kepala penuh pengagungan dihadapan Guru ini, sesekali habib munzir mencuri pandang melihat wajah mulia itu dengan airmata yang terus mengalir, betul-betul bagaikan khadim hina dihadapan tuan besarnya, kita dapat melihat didikan akhlak mulia ini, umumnya seorang guru yang memiliki ribuan pengikut akan gengsi untuk rendah diri kepada orang lain walaupun gurunya sendiri, paling tidak dihadapan ribuan murid-muridnya ia akan jaga gengsi dan kehormatannya, namun habib kita ini malah sebaliknya, seakan akan ia tak melihat murid-muridnya, ia hanya fokus pada Gurunya semata, tanpa perduli dengan ribuan muridnya yang dibelakangnya, ia duduk menghadap sang guru sebagaimana jamaah hadirin umum lainnya, seakan-akan ia bukan pimpinan majelis tapi hadirin umum biasa, dihadapannya duduklah sang guru dan para tamu utama lagi
    http://majelisrasulullah.org/index.php?option=com_content&task=view&id=87&Itemid=11&lang=id
    ………

    kalimat demi kalimat diterjemahkan dan mulailah beliau merasuk pada pembicaraan yang menusuk kedasar sanubari, kalimat-kalimat mulia yang diucapkan dari dasar hati beliau yang mengguncang sanubari hadirin, dan mulailah beliau memimpin dzikir YAA ALLAH yang membuat menggelegarnya ribuan hadirin dengan tangis dan dzikir, betapa dahsyat kekuatan Magnet sanubari beliau yang jauh lebih kuat dari hipnotis yang terkuat sekalipun membuat sanubari hadirin berguncang.
    video clip http://www.youtube.com/watch?v=wdhtZHV8itU
    ……….
    Pengalaman di Irian Jaya
    kami telah di bandara Manokwari untuk kembali ke Jakarta, kami berpisah di Bandara dan berpelukan hangat dengan para pemuda dan para aktifis dakwah, mereka menangis dan menangis.., luar biasa.. Masya Allah.. Masya Allah.. Doa kami menyertaimu wahai para Pasukan pembela Rasulullah saw.., kami yang jauh dari kalian di Jakarta akan selalu mendoakan kalian, dan kami akan mengatur kunjungan lagi untuk terus mendukung perjuangan kalian.. Rabbiy pastikan mereka wafat dalam Puncak kemuliaan, Rabbiy Pastikan pertolonganmu atas mereka, Rabbiy Limpahkan Rahmat dan keluasan atas mereka, Pastikan mereka berkumpul bersama Muhajirin dan Anshar kelak di yaumul Qiyamah Baca lagi
    dengar Audio Clip MP3 – download (3M)http://anakyatim.org/home/images/IrianJaya.mp3

    Menceritakan peribadi gurunya Habib Omar bin Hafidz,
    Mengapa beliau begitu menghormati dan mencintai gurunya?
    Audio Clip MP3 -download (3M)http://anakyatim.org/home/images/PeribadiHabibomar.mp3


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: